Isnin, 26 April 2010

Web Fraud

‘WEB FRAUD’ bermaksud, penipuan dalam internet. Semakin moden dunia IT semakin banyak penipuan-penipuan yang berlaku di internet. Ramai pengguna IT yang terpedaya dengan pelbagai jenis penipuan tersebut. Ia sukar dikesan dan sukar dikawal. Kita sendiri perlu memainkan peranan agar dapat melindungi diri daripada terlibat dengan penipuan tersebut kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Antara punca-punca berlaku penipuan di Internet adalah:

1.Sikap pentingkan diri dan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan cara yang tidak baik tanpa memikirkan keburukannya terhadap orang ramai.

2.Sikap orang ramai yang tidak berhati-hati serta mudah terpedaya dengan penipuan tersebut.
Contoh Web Fraud:
1.PENIPUAN LELONGAN INTERNET

Pengguna dikatakan akan menerima barangan yang kurang beharga atau berbeza daripada yang sebenarnya atau mereka tidak menerima barangan tersebut terus.

Cara mengatasi
Tidak sewenangnya membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau lebih baik jika membayar setelah mendapatkan produk yg dibeli.
2.PHISHING

Phishing ialah laman web palsu yang menyerupai laman web asal dibangunkan bertujuan untuk mencuri katalaluan atau nombor akaun mangsa. Phishing biasanya diumpan melalui emel dan kebanyakan mangsa phishing terdiri daripada penguna-penguna online banking

Cara mengatasi
Jangan klik link di emel, selalu memeriksa URL sebelum login.

Kesimpulan:
Urusan melalui internet adalah selamat jika kita tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Sebagai pengguna IT kita haruslah berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai penipuan di internet.

Isnin, 5 April 2010

permulaan blog

blog nh memeningkn ak btul la..ak xtawnk wat ap da nh..npe la susah cgt nk wat blog nh..geram nye ak..:)

video

aNiMaSi